PROGRAM WORLDSMART GOLD

PROGRAM WORLDSMART GOLD MENAWARKAN PELBAGAI PENDAPATAN DENGAN CARA YANG BERSISTEM DAN PELABURAN EMAS DENGAN KAEDAH MUDAH DAN BERTERUSAN

KEISTIMEWAAN BERSAMA KAMI

- ANDA AKAN DAPAT EMAS FIZIKAL MENGIKUT MODAL LOT ANDA

- SETIAP BULAN DAPAT 10% KEUNTUNGAN DARI MODAL LOT ANDA SELAMA SETAHUN TERUS KEAKUAN BANK ANDA

- MENJADI AGEN EMAS KAMI SECARA LANSUNG DENGAN KEUNTUNGAN RM4.5pergram DARI JUMLAH JUALAN EMAS ANDA

- BAGI YANG AKTIF BOLEH MENDAPAT RM720 SEHARI UNTUK 1 LOT

MELABUR SEBANYAK RM4600 ANDA AKAN DIBERI EMAS FIZIKAL SEBERAT 10GRAM (BAR 1GRAMX10/CINCIN/RANTAI TANGAN) , ANDA DAPAT 10 LOT DARI PROGRAM WORLDSMART CENTER YANG MANA 1 LOT BERNILAI RM260 DIMANA JIKA ANDA AKTIF BOLEH MENJANA KEUNTUNGAN RM720 X 10 = RM7,200 SEHARI DAN SETERUSNYA ANDA JUGA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN BULANAN 10% DARI SETIAP LOT ANDA IAITU 10 X RM26 = RM260 SEBULAN SELAMA SETAHUN.

SECARA RINGKASNYA

MODAL RM4,600 = EMAS 10GRAM + AGEN EMAS+SETIAP BULAN RM260 + AKTIF RM7,200 SEHARI.

HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT

011 2620 8586

HARGA EMAS DIJANGKA CECAH RM503 SATU GRAM MENJELANG 2020





STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.
Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.
Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.
Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.
Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.
Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.
Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.
Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.
“Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.
Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.
Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.
Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh. – Berita Harian Online


TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN EMAS
Ada orang tanya saya cammana nak jadi tokey emas? ada juga yang minta pendapat saya tentang business model emas dan macam-macam lagi…
Untuk posting kali ini, saya ingin memberikan panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.
Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…
Sekarang cuba bayangkan… Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.
Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan. Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….

2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.

3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.

4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:


Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.

2. Anda mempunyai pembeli yang baik

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai

5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, disni saya akan huraikan satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.

2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..

3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun. Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.

4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas. Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram (baca sini)

2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.

(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga tinggi. Anda menggandakan keuntungan.

2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.

3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting. Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.

2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah, just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.

3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.

4. Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,

maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.

2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.

3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
No posts.
No posts.